Thursday, October 13, 2011

SURAT BUAT BAKAL PENDAMPINGKU..:)


Seringkali aku terpaku dijendela usang,memikirkan corak kehidupanku pada hari- hari yang bakal menerpa, sejenak aku terfikir..layakkah aku untuk memperoleh pendamping yang aku impikan. Yang meletakkan cinta agungnya hanya pada Allah yang maha Esa..

Lantas kubiarkan pena menari-nari diatas selembar kertas putih  untuk melakar apa yang dicoretkan dari segenap pelusuk hati..kulakarkan warkah ini khas buatmu..seorang insan yang telah tercatat di loh mahfuz sebagai pemimpin dan pendamping hidupku..yang aku sendiri tidak tahu siapakah gerangannya..yang telah tercipta khas  aku untukmu dan kau untukku..hanya Allah yang tahu dan tiada  siapapun diantara kita yang tahu.

Allah S.W.T berfirman, 

“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”
                                                                                                                                                                      (An-Nur:26)

Maafkan aku andai warkah ini tak sehebat yang kau gambarkan..aku hanya mampu mengungkapkan apa yang terbuku disanubari..kerana aku bukanlah seorang wanita yang sehebat Sumaiyyah..tidak pula seorang srikandi solehah seperti Siti Fatimah dan jauh sama sekali jika dibandingkan dengan Hawa, yang begitu teguh cintanya  untuk Adam..

Sekali lagi, maafkanlah aku..aku hanya insan kerdil, insan yang sentiasa mengharapkan bantuan dari Rabbinya. Yang imannya kekadang dibawah dan hanya seketika berada diatas..mungkin aku tidak mampu menjadi sayap kiri yang sempurna buatmu...

Aku tertanya-tanya siapakah dirimu..apakah kau telah hadir dalam hidupku dan kita telahpun terpisah..atau mungkin kita belum pernah bertemu..yang mana satukah  dirimu yang bakal menjadi pelengkap hidupku..entahlah..sebuah persoalan yang tidak mampu diungkap dan dijawab seketika ini..

Terlebih dahulu aku mohon padamu..terimalah aku seadanya kerana aku masih belum sempurna akhlaknya, yang masih tergapai-gapai dalam memahami agama suci ini..nescaya aku harap kau mampu untuk membimbingku..kau mampu untuk membawa aku menuju kejalan Illahi..

Alangkah indahnya jika kau bisa menerima ku ,alangkah manisnya cinta kita jika kau mampu mengajarku mendalami islam..agar kita bersama dapat merasai manisnya iman..

Sejujurnya..aku sedia menerimamu sebagai suamiku..kerana kita hanya insan biasa..aku tidak pernah menyesal memilihmu ..syukurku kehadrat illahi kerana telah menyatukan hatiku dan hatimu..

Kekasihku..sayangku..kata-kata manis ini hanya layak kuberikan buatmu..tiada siapa diatas muka bumi Allah ini yang layak menerima puisi cintaku melainkan dirimu..seorang hamba Allah yang terciptanya aku dari tulang rusuknya...kata-kata yang terlalu berharga yang lahirnya dari hati yang ikhlas..

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc6/249857_215640921791862_201444939878127_726163_6466930_n.jpg
Aku tidak mengharapkan wajahmu setampan Yusuf..apatah lagi harta yang bertimbun-timbun...biarlah itu  hanya sederhana..apa yang aku impikan darimu ialah agama yang ada padamu..jika kau hilangkan agama yang ada padamu maka hilanglah cintaku padamu..tetapkanlah agamamu..kerana itu tonggak utama masjid yang kita bina bersama..kelak nanti kau yang akan membantuku,anak-anakku menuju ke jannah..kuatkanlah dirimu untuk mendidik keluarga kita dengan didikkan agama..aku akan berusaha semampuku untuk membantumu..

Indahnya jika kita  dapat beribadat bersama-sama...solat berjemaah, solat-solat sunat, tahajud cinta disepertiga malam, membaca al-quran bersama, kau memberi pengisian rohani buatku setiap hari, membaca tafsir, menghidupkan sunnah rasul didalam rumahtangga, memahami hadis bersama-sama..SUBHANALLAH..indahnya suasana itu...lagi indah jika semua perkara kita lakukan bersama..

Aku memerlukanmu,selama ini aku melakukan semua itu seorang diri...dan kadang kala aku tidak mampu mendirikannya kerana tewas dengan pujuk rayu syaitan yang sering menggoda..mungkin setelah kita bersama kau mampu untuk menjadi pendinding diriku, mampu untuk menghalang aku dari termakan dengan godaan syaitan...

Maafkan aku semaaf-maafnya jika permintaanku ini begitu keterlaluan tetapi salahkah aku yang hanya mengharapkan sebuah masjid yang dibina dihiasi dengan jambakkan bunga  dan benih -benih ketaqwaan...aku mendambakan keluarga bahagia yang didirikan berlandaskan syariat islam yang sebenar..aku harap kita mampu menempuh ranjau yang berduri...yang menjadi penghalang jalinan suci kita..kerana aku tidak sanggup melihat keluarga yang dibina nanti menjadi kucar-kacir...

Kerana itu,sering kali aku pohon pada illahi agar diberikan kekuatan untuk kita menempuh onak liku kehidupan dengan tabah, agar Allah menundukkan pandangan kita dari terkena panahan iblis..kuharap kita mampu mempersiapkan diri dengan iman yang kental sebelum kita dipertemukan..aku sanggup menanti hadirnya cinta Allah buatku dan buat dirimu kekasih sebelum kita melakar cinta bersama..aku tetap sabar menanti kehadiranmu..kerana aku tahu kau juga memerlukanku..





No comments:

Post a Comment