Thursday, January 20, 2011

Kahwin Muda

Salam...

Perkahwinan di usia muda..apa pandangan anda?

From my personal point of view...usia muda ataupun tua bukanlah menjadi ukuran dalam mendirikan sesebuah perkahwinan..yang penting adalah persediaan dalam menghadapi alam perkahwinan...persediaan dari segi mental dan fizikal...persediaan dari segi ilmu munakahat dan lain-lain. Malahan bagi saya berkahwin di usia muda merupakan satu keuntungan bukanlah satu kerugian seperti yang dikatakan muda-mudi di luar sana.

Apapun terpulanglah pada jodoh yang telah ditentukan ALLAH..yang penting berusaha dan berdoa supaya dikurniakan suami/isteri yang soleh/solehah..jangan pernah berkata tidak pada perkahwinan kerana fitrah manusia telah diciptakan berpasangan dan untuk menghalalkan pasangan itu hanyalah pernikahan.

Memetik kata-kata sahabat saya...

Lafaz yang paling berharga dalam sesebuah perhubungan bukanlah I LOVE U atau AKU CINTA PADAMU atau AKU SAYANG KAMU..tetapi lafaz AKU TERIMA NIKAHNYA....:-)


..::Selamat Pengantin baru buat sepupuku yang baru melangsungkan akad nikah pada 1.1.11 yang lalu..semoga perkahwinan kalian akan dirahmati dan berkekalan hingga ke akhir hayat..ameen::..

Seorang demi seorang juga teman sepermainan waktu kecil, teman sekolah, teman se-matrikulasi, teman se-universiti melangsungkan perkahwinan di usia kami yang masih muda..semoga terus berbahagia..insha ALLAH...

Kesimpulan yang dapat dibuat Kahwin di usia muda bukanlah sesuatu yang perlu dipertikaikan lagi...setelah hari2 dihiasi dgn berita gembira dari teman2 yang telah berkahwin...saya pun merasakan yang saya nak KAHWIN MUDA...doakanlah yer...

..gambar hiasan..
(sumber:www.magicclickers.com)

No comments:

Post a Comment