Assalamualaikum..
Dengan nama ALLAH membuka bicara
7/9/2011
Permulaan satu perjalanan kembara keluargaku untuk menghantar si bongsu menuntut ilmu nun jauh di selatan tanah air..untuk diri aku sendiri perasaan pada hari dan ketika bermulanya perjalanan sangat bercampur baur...it's really2 hard to explain...ada sedih...dan ada juga teruja..tapi yang pasti hati tidak merasa gembira...mungkin memikirkan jarak yang akan memisahkan aku dan keluarga..tapi demi niat untuk memajukan diri dan satu tekad yang telah diputuskan perjalanan diteruskan..yang perlu hanya ikhlaskan hati...
8/9/2011
Bermulanya evolusi baru dalam kehidupan aku...kembali menjadi seorang pelajar..di sebuah tempat yang baru...persekitaran yang baru..dan juga teman2 seperjuangan yang baru...mendaftar sebagai pelajar sarjana...1 tangungjawab besar yang dipikul di bahu..iltizam dan niat untuk belajar bersungguh2...mengharapkan sejarah lama tidak berulang lagi...ingin menggembirakn hati sang ibu yang terlalu besar pengorbanannya kepadaku...semoga redha ALLAH sentiasa menemani perjuangan dan perjalananku yang baru di sini sebagai seorang pelajar...juga tidak mungkin ku lupa jasa abang dan kakak serta ahli keluarga yang lain yang banyak menyumbang tenaga dan wang ringgit dalam usaha mengiringi si bongsu ke menara gading...sepanjang hari ini..perkara yang paling sukar dan berat untukku adalah melepaskan keluargaku pulang ke kampung halaman...walaupun sedari tingkatan 1 aku di asrama tapi perasaan pada kali ini sangat berbeza..aku tidak mampu untuk menyembunyikan air mataku dan kesedihan ku di hadapan semua orang..terlalu berat..hatta melihatkan pada barang-barang pemberian dan segala keperluan yang disediakan untuk aku sahaja air mata akan mengalir..apatah lagi setiap kali bersua suara dan jiwa di telefon..air mata tanpa diundang akan mengalir..hari itu sedaya upaya aku elakkan untuk bercakap telefon.
9/9/2011
Walaupun hati aku masih belum pulih sepenuhnya..aku gembirakan diri dan wajah di hadapan semua orang..tidak tahu pada siapa hendak mengadu...lalu kuberdoa dan meminta kepada ALLAH dengan linangan air mata kerinduan dan dengan seikhlas hati supaya dipulihkan hatiku...dikuatkan hatiku...ditenangkan hatiku supaya mudah untuk aku meneruskan perjuangan aku di sini...ALHAMDULILLAH...aku percaya pada kekuasaan-Mu YA ALLAH...malam itu hatiku merasa tenang..dan diriku merasa semakin bersemangat untuk terus berjalan di atas muka bumi-NYA melunaskan segala tangungjawab yang harus dipikul sepanjang aku bergelar pelajar sarjana di sini..
10/9/2011 dan hari-hari seterusnya
Aku sudah mula untuk cuba mengadaptasi diri dengan kehidupan baru di sini..walaupun pada mulanya terlalu banyak masalah yang di hadapi..aku tinggalkan ia di tepi dengan harapan ia tidak akan melunturkan semangat aku.
p/s:mengharapkan doa kalian..doakan kejayaan dan kesejahteraan saya di sini...:)..wish me luck n ALWAYS pray for me...selamat hari Malaysia..should proud to be Malaysian..!
No comments:
Post a Comment