Gembira...itu perasaan yang boleh aku kongsi...setelah seorang demi seorang saudaraku melangkah ke alam perkahwinan...sungguhpun aku bakal terasa kehilangan mereka..tapi yang pasti itu sudah menjadi lumrah kehidupan...
Selamat Pengantin Baru untuk sepupu tersayang yang baru 6 hari menjadi isteri setelah hampir 6 tahun menyulam cinta....setelah banyak dugaan dan cabaran yang dihadapi akhirnya ke jinjang pelamin juga kalian berdua...Nurul Husna Hassan dan Azlan Abdul Rahman...
pic: me with the BRIDE
Selamat membina BAITUL MUSLIM yang dipenuhi bunga-bunga cinta dan kasih sayang di antara kalian berdua...Selemat menyemai benih-benih cinta yang suci supaya tumbuh mekar menyinari masa depan kalian...Semoga terus saling lengkap melengkapi dan saling percaya antara satu sama lain...semoga anda berdua terus bercinta dan insha ALLAH berkekalan hingga ke syurga abadi...:)
Doa aku untuk kalian berdua:
"Semoga Allah SWT menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati
mereka berdua dan semoga Allah SWT meningkatkan kualiti keturunan mereka, menjadikannya pembuka pintu-pintu rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa damai"
(Doa nabi Muhammad SAW pada pernikahan puteri Baginda Fatimah Az-zahrah dengan Saidina Ali bin Abi Talib RAH)
Dan yang paling penting,,,ingatlah:
Sesungguhnya apabila suami menatap isterinya dan isterinya membalas pandangan (dengan cinta dan kasih) Maka Allah menatap mereka dengan pandangan kasih sayang dan jika suami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka jatuh berguguran di sela-sela jari tangan mereka.
Diriwayatkan oleh Maisaran bin Ali dari Abu Said Al-Khudri
Majlis untuk kedua-dua belah pihak akan berlangsung Sabtu dan Ahad ne..iaitu 4 & 5 hb...semoga semuanya berjalan lancar...
Sejenak aku terfikir...sesungguhnya urusan jodoh ini Rahsia ALLAH..:)
::Doakan ALLAH permudahkan urusan jodohku...pertemukan aku dengan insan yang telah ditakdirkan untukku...Semoga ALLAH memberkati perjalanan kita semua di atas MUKA BUMI-NYA ini....insha ALLAH..:)
p/s: tak lupa juga selamat menjadi suami dan isteri untuk sepupuku Firdaus...yang melangsungkan perkahwinan mereka pada bulan 11 yang lalu...sori..aku x sempat nak balik..:)