Sunday, March 21, 2010

CUTI SEKOLAH.KENDURI KAHWIN.

Salam..

Berlalulah sudah cuti sekolah....hehehe..sian kat budak-budak sekolah kan..da kena balik sekolah balik...hmm...tetiba rindu plak zaman sekolah2 dulu...teringat dulu-dulu (ish3..macam la lama sangat) kalau da sampai hari last cuti sekolah mesti mood da x betul...salah skit ja asyik nak nangis ja..haha..chengeng btol zaman 2..ye la da nak kena balik asrama..huhu..x best btol....

hmm...cerita pasal cuti sekolah ne...setiap kali menjelangnya cuti sekolah ne akan banyaklah dan bertimbunlah kad-kad jemputan kahwin...ramai orang sibuk memilih sehari dalam 7 hari cuti sekolah ne untuk diadakan hari meraikan kasih sayang ahli keluarga mereka ....kadang-kadang tu dalam sehari ada la sampai 5-6 jemputan...hahah..jimat beras kat umah....hmmmm..sebenarnya tak terkecuali abang saya..

sebenarnya tarikh diijabkabul adalah pada 27/2/2010...dan majlis di pihak pengantin perempuan pada 13/3/2010 dan di rumah kami adalah pada 14/3/2010 iaitu pada hari ahad..kat sini adala beberapa pic yang i want to share with u all..enjoy..

Ready...
here she come...hahah..

stand(l2r):my brother in-law,newly-wed couple, my oldest brother
sit(l2r):me:-),sister in-law(atas riba-amalynn fatehah-my niece), my sister.
Selamat Datang ke Majlis Perkahwinan
Hafiz & Hafizah
........
..teh...thanx for come back...:-)..love u very much..
my sister....
...waiting for the guest to come...welcome..welcome...
...ish sibuk ja nak tengok camera..hahaha..
...my lovey dovey mom....love u damn much...mmmuahxxxx....:-x
...all Ria 14..eh..eh silap..(tirah x da..huhu) thanks for coming...love u all..
...smile...next is our turn..haha..
..apa kes lan 2..serius...lapar ker?or x sabar nak jual teh tarik?
...with pengapit...(x lama turn diorang plak...can't wait)
..here they are...

Actually..x banyak pon gambar yang diambil...sebab bz sangat hari tu..huhuhu..

next

I nak share about my lovey-dovey AMALYNN FATEHAH..

masam ja muka..ish3...
...sibuk nak amek camera..
..merajuk..orang x bg camera..(yg kat belakang x pakai baju 2 ayah dia..)
..waccccaaa..
..berguling-guling atas tilam 2 dengan frog dia...
...uit...lapar ker?...heeeee..
..apa tengok2??..ada hutang ka?
penat..kita minum dulu..

----->i think dats all for now..next time..i'll share with u all more...

wassalam...:-)

ADAB-ADAB BERCINTA DALAM ISLAM

Adab bercinta dalam islam

Dipetik daripada buku “PSIKOLOGI CINTA” terbitan PTS Millennia Sdn Bhd

Dalam surah ar-Rum ayat 21 Allah menyatakan, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”

ISLAM menggariskan akhlak yang terbaik untuk merealisasikan percintaan sesama lelaki dan perempuan yang mukalaf. Terdapat tiga peringkat percintaan yang mana orang Islam hendaklah mencuba sedaya upaya mereka untuk memelihara kesucian cinta itu daripada dicemari unsur-unsur maksiat dan perkara-perkara yang dapat membawa kepada kemurkaan Allah. Tiga peringkat tersebut adalah cinta sebelum perkahwinan, cinta selepas bertunang dan cinta selepas perkahwinan.

Cinta Sebelum Kahwin

Cinta sebelum perkahwinan adalah cinta yang hadir daripada pergaulan harian dengan individu yang mempunyai kesamaan daripada segi cita rasa, peribadi, minat dan cara hidup. Ada kalanya cinta ini adalah cinta pandang pertama yang hadir secara mendadak, dan ia juga mungkin cinta yang dibina secara berperingkat melalui pertemuan dan pergaulan harian. Cinta sebelum perkahwinan biasanya tidak digalakkan dalam Islam, kerana dikhuatiri akan menjerumuskan pencinta itu ke kancah maksiat dan kelalaian dalam percintaan. Walau bagaimanapun, jika percintaan itu mempunyai matlamat suci, iaitu untuk membawa pencinta itu ke jinjing pelamin dan ikatan yang sah, maka sebagai pencinta yang beriman dan takutkan Allah, mereka haruslah menjaga dan memelihara perkara-perkara berikut:

1.Menjaga batas-batas pegaulan dengan tidak menyentuh sesama sendiri, tidak membuang masa berjam-jam dengan bertelefon atau berbual-bual, dan tidak menjadikan pergaulan mereka seperti suami isteri yang sudah sah dinikahkan. Mereka harus sedar dan berasa malu kerana mereka masih belum mempunyai sebarang hak ke atas satu sama lain.

2.Menghormati maruah dan harga diri masing-masing, dalam erti kata lain tidak membenarkan diri berdua-duaan dengan kekasih, kerana orang yang ketiga adalah syaitan. Di samping itu tidak berhias-hias atau menampakkan perhiasan di hadapan kekasih kerana dikhuatiri boleh menaikkan nafsu syahwat kekasih. Sebaik-baiknya sebarang pertemuan hendaklah melibatkan mahram atau ibu bapa yang mengawasi tingkah laku mereka.

3.Mendapat restu dan kebenaran dari ibu bapa adalah faktor kejayaan dalam percintaan sebelum perkahwinan. Restu daripada ibu bapa memudahkan proses pertunangan dan pernikahan yang akan berlangsung sebagai kelangsungan daripada cinta itu. Ibu bapa harus memainkan peranan dengan memastikan anak-anak tidak melupakan tanggungjawab peribadi dan batasan akhlak dan ajaran agama semasa bercinta.

4.Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang dimiliki akan diredai dan diberkati Allah. Bermohon kepada Allah supaya cinta itu dapat membawa kepada kesempurnaan peribadi dan kesempurnaan agama dengan mendirikan rumah tangga dan memelihara kelangsungan cinta itu.

5.Sentiasa melakukan solat Istikharah bagi meneguhkan hati supaya orang yang dicintai itu adalah yang terbaik untuk menjadi pasangan hidup sehingga ke akhir hayat. Janganlah mencintai seseorang kerana harta, rupa atau keturunannya, tetapi cintailah dia kerana agama dan kemuliaan akhlaknya. Solat istikharah membantu supaya individu yang bercinta itu tidak menyesal dengan pilihannya dan dia wajiblah menjuruskan percintaannya itu untuk mendirikan rumah tangga yang terpelihara. Sekiranya dia bercinta tanpa niat untuk berumah tangga tetapi sekadar ingin bermain-main dan bersuka ria, maka percintaan itu adalah penipuan dan setiap perbuatan ke arah itu mencetuskan dosa dan kemurkaan Allah.

Setiap perbuatan cinta seperti menyentuh kekasih, bersalaman, berdating, berpelukan dan bercanda adalah dilarang sebelum perkahwinan. Sebagai hamba Allah yang takut kepada kemaksiatan dan kehinaan hidup di dunia, pasangan kekasih hendaklah berasa malu untuk mempamerkan ‘cinta terlarang’ mereka kerana belum lagi diiktiraf oleh perkahwinan yang dituntut oleh syarak. Tetapi sebaliknya, apabila diikat dengan ikatan perkahwinan yang sah, perbuatan-perbuatan itu mendatangkan pahala dengan syarat suami isteri itu berusaha untuk menjaga batasan akhlak dan kesopanan tingkah laku apabila berada di khalayak ramai.

Cinta Selepas Bertunang

Kebanyakan orang yang bercinta menyimpan hasrat untuk mempertahankan cintanya hingga ke jinjang pelamin. Ber-tunang adalah cara yang dilakukan bagi menyempurnakan janji untuk berkahwin. Ia adalah tanda pengabadian cinta yang suci dan tulus. Cinta dalam pertunangan besar ujiannya kerana godaan dan cabaran yang datang dari pelbagai pihak mampu merubah hati dan pendirian pasangan. Orang yang bertunang dikatakan ‘berdarah manis’ kerana mudah terjebak kepada gangguan perasaan dan terdedah kepada pelbagai cabaran. Oleh sebab itu pertunangan tidak digalakkan untuk tempoh yang lama mengikut adat masyarakat Melayu. Malah ia tidak perlu dihebohkan kepada semua orang kerana dikhuatiri pasangan itu berubah hati dan tidak jadi melangsungkan perkahwinan.

Bertunang tidak sama dengan berkahwin. Bertunang adalah ikatan tetapi ia belum diteguhkan oleh akad yang menghalal-kan segala perhubungan antara lelaki dan perempuan. Bertunang adalah tempoh suai kenal bukan tempoh memadu asrama. Maka orang yang sedang bertunang tidak boleh melanggar batas-batas agama kerana mereka masih belum ‘halal’ untuk sentuh-bersentuhan, cium-berciuman dan sebagainya. Pihak lelaki perlu menyedari mereka belum lagi menjadi suami, begitu juga pihak perempuan belum bergelar isteri. Maka berhati-hatilah dalam pergaulan kerana syaitan sentiasa menjadi orang ketiga yang tidak jemu menggoda dan cuba merosakkan cinta yang terbina.

Cinta Selepas Kahwin

Allah mengiktiraf cinta selepas perkahwinan sebagai yang terbaik dan sumber segala kesenangan dan kasih sayang sebagaimana yang dinyatakan di dalam Quran ayat 21 surah ar-Rum, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”.

Cinta selepas perkahwinan adalah cinta yang diredai dan dituntut oleh ajaran Islam. Cinta seharusnya berputik mekar selepas pasangan suami isteri itu mendapat mandat yang agung untuk bercinta melalui ikatan yang sah dan diiktiraf oleh agama dan juga anggota masyarakat. Bagi menyuburkan cinta selepas perkahwinan, maka pasangan suami isteri haruslah menghormati hak-hak dan tanggungjawab kepada yang dicintai dengan penuh kecintaan dan kasih sayang. Antara cara-cara untuk menyuburkan rasa cinta sebegitu adalah:

1.Membuktikan cinta melalui ketaatan, kasih sayang, pengorbanan dan kesungguhan memuliakan pasangan dan rumah tangga yang dibina. Pasangan suami isteri hendaklah sentiasa saling hormat-menghormati, menghargai perasaan dan tutur kata, sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga dan berusaha memelihara amanah dan janji yang dibuat.

2.Melahirkan zuriat sebagai bukti cinta yang terjalin. Sekiranya ditakdirkan tidak mempunyai zuriat, suami hendaklah bersabar dan tidak terburu-buru untuk berkahwin lain. Seharusnya usaha dilipatkan gandakan untuk mendapatkan zuriat baik secara tradisional mahupun secara perubatan. Sekiranya tidak berhasil, bolehlah mengambil anak angkat sebagai langkah alternatif.

3.Mengasihi dan menghormati ahli keluarga pasangan suami isteri. Bagi mewujudkan keluarga yang harmonis, perhubungan kedua-dua belah pihak hendaklah dijaga dan dipelihara sebaik mungkin. Sesekali, hadiah dapat dijadikan penghubung kasih-sayang dan tidak lupa untuk bertanya khabar sekiranya tidak berkesempatan untuk menziarahi keluarga yang jauh.

Seharusnya Cinta…

Insan yang beriman sering kali meletakkan sandaran yang kuat dan kukuh kepada Allah. Maka, dalam soal percintaan, sering kali mereka bersikap tenang dan menyerah diri kepada ketentuan Allah. Ini adalah kerana mereka yakin cinta datang dari Allah dan hanya Dia sahaja yang dapat menganugerahkan atau menghapuskan cinta itu. Allah adalah Pencipta kepada cinta, dan setiap penciptaan-Nya ada matlamat dan sebab kewujudannya, yang sering kali tidak cuba difahami oleh manusia.

Hanya segelintir sahaja yang memahami hakikat didatangkan perasaan cinta itu, iaitu kembali kepada asal matlamat kejadian manusia; untuk menyembah dan melakukan ketaatan kepada Allah. Tidak kira apa bangsa ataupun agama sekalipun, hakikat cinta adalah kembali kepada mengagungkan dan membesarkan Tuhan yang menciptakan segala cinta. Agama Islam, Kristian, Buddha, Hindu serta lain-lain agama tetap mengupas persoalan cinta sebagai sumber kedamaian hati dan keamanan dunia.

Realiti cinta menuntut pengorbanan daripada setiap individu yang berani untuk melibatkan dirinya dalam percintaan. Cinta penuh dengan air mata, aliran perasaan yang amat deras dan getaran yang mengilukan hati. Cinta juga penuh dengan keindahan, keselesaan, kehalusan perasaan dan kenikmatan jasmani mahupun rohani. Ini adalah kerana, cinta tidak hanya melibatkan perasaan semula jadi antara lelaki dan perempuan sahaja tetapi juga melibatkan perhubungan antara manusia dan Tuhan, manusia dan alam, serta manusia dan perbuatan.

Oleh yang demikian, insan yang beriman dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan dalam pergaulan, kekecewaan dalam percintaan, dan kehancuran dalam kehidupan. Mereka memahami hakikat cinta dan jenis-jenis cinta yang wujud dalam dunia ini, lantas menjadikan fikiran mereka lebih terbuka dan bijaksana dalam menangani soal percintaan. Penderitaan, penyesalan, dan kebencian tidak dijadikan sebagai sumber yang boleh memudaratkan diri dan hati, tetapi sebaliknya sebagai sumber yang memberi kesedaran dan keinsafan akan hakikat kehidupan yang sebenarnya.


Adapt from:

(http://sillaturahim.wordpress.com)

Tuesday, March 9, 2010

CUDIPT........CARI JODOH

..waktu sekolah dulu..konon 2 tujukan lagu ne,,,untuk si dia,,,,

C.U.D.I.P.T

Santun pekertimu
Dan lembut tutur katamu
Menarik minatku
Untukku mendekatimu

Sepucuk suratku tulis
Menyatakan harapan
Walaupun kukebimbangan
Kau berbeza pandangan
Namun ku tetap menanti jawapan

Alangkah riangnya di hatiku
Luahan hasratku mendapat perhatian
Ku terima balasan darimu
Kau jua menyimpan perasaan

Warkahmu memberi kepastian
Agar kejayaan menetu pertemuan
Setiap kali di akhir katamu
Kau selalu tulis see u d ipt

Guru selalu mengingatkan
Kita dilarang berkasihan
Ketika masih di alam persekolahan
Bangkit semangat keazaman
Menghulur cita dan diimpian
Biar terpaksa rahsiakan perhubungan

Alangkah riangnya di hatiku
Luahan hasratku mendapat perhatian
Ku terima balasan darimu
Kau jua menyimpan perasaan

Warkahmu memberi kepastian
Agar kejayaan menetu pertemuan
Setiap kali di akhir katamu
Kau selalu tulis see u d ipt

Guru selalu mengingatkan
Kita dilarang berkasihan
Ketika masih di alam persekolahan
Menimba ilmu pelajaran
Biar warkahmu menjadi kenangan

Betapa syukurnya di hatiku
Segala impian menjadi kenyataan
Terpancarlah cahaya gemilang
Kini kejayaan di genggaman

Andaikau kembali kutemui
Akan kumenuntut kata-kata dan janji
Kerna diriku masih mengingati
Kau selalu tulis cudipt


da masuk IPT..bagi kad ne plak kat si dia...




now da lepas belajar..dok nyanyi lagu ne plak..

CARI JODOH

Apa salahku apa salah ibuku
Hidupku dirundung pilu
Tak ada yang mau dan menginginkan aku
Tuk jadi pengobat pilu
Tuk jadi penawar rindu
Tuk jadi kekasih hatiku

*
Timur ke barat selatan ke utara
Tak juga aku berjumpa
Dari musim duren hingga musim rambutan
Tak kunjung aku dapatkan
Tak jua aku temukan
Oh tuhan inikah cobaan

**
Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku

***
Pengumuman-pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasihani aku
Tolong carikan diriku kekasih hatiku
Siapa yang mau

Ibu bapak punya anak
Bilang-bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku...

...hmmm...



Monday, March 8, 2010

A BUSY WEEKEND AGAIN..

SALAM..

Sebelum terlupa..nak share apa yang aku buat weekend yang baru lepas ne..
ingat x aku pernah cerita pasal aku p SP melawat sedara aku yang da nazak 2?

?????...

ok here aku nak share somthing la...sedara aku ne dikenali sebagai wa piah..telah selamat kembali ke Rahmatullah hr Jumaat hari tu lebih kurang pukul 11 pagi la...malam sebelum tu..doktor da suruh dia di bawa balik ke rumah..sbb myb doc dapat merasakan yang dia dah x da harapan..so let her finished her life kat her own house kat my beloved kampung simpang 3 sungai daun..sebelum di bawa pulang pelbagai versi cerita yang aku dengar not about her but about her daughter n son,,kiranya diorang ne under kategori yang x berapa ok la...anak perempuan dia umor almost 40++ n still unmarried untill now...actually dia ne kind of person yang bleh kata cakap besar or else i can said that dia ne very macth with peribahasa 'bodoh sombong' always talk macam she know everything..tp habuk pon tadak...i think dalam kepala dia asyik pikir pasal duit ja..a few years ago after he brother passed away..ada la di tinggalkan sedikit duit untuk isteri dan anak2nya belanja..u know what habis suma duit tu dia ambil..very poor 2 dia punya adik ipar yang very 'lurus bendul' and maybe sangat takutkan dia...and satu benda yang paling aku x kan lupa dia pernah call arwah ayah aku n maki n marah my late dad through phone sbb dia kata my dad nak amek duit dia(duit adik ipar dia actually)....very such an uneducated person...sedangkan my dad tolong jaga n simpankan duit 2 bagi pihak anak2 buah dia..and lastly my dad just p umah dia n bagi suma duit 2 kat adik ipar dia but i heard suma duit tu dia amek...sangat tamak x tahu ka balasan makan harta anak yatim...
Anak dia yang lelaki plak bleh di kategorikan cam half2 la..paham x??heheh..his name is latif but we all org2 kampung panggil dia latifah u noe y la kan..but impressly dia bangga menjadi begitu..Subhanallah...

hmmm..sebenarnya kisah keluarga sedara aku ne menyedarkan aku bahawa didikan agama 2 adalah satu perkara yang sangat penting dalam sesebuah institusi kekeluargaan..dalam menjamin keharmonian sesebuah keluarga..nilai2 murni mestilah diterapkan kepada anak2 sedari mereka kecil...berdoalah semoga aku dikurniakan keluarga yang sakeenah...ameeeenn...insya ALLAH..

..so then tamatlah hari Jumaat aku dengan melayan sedara-mara yang balik and bertandang ke umah selepas menziarahi Allahyarhamah wa piah...segala perncangan asal terpaksa diubah.

sabtu..pagi2 2 x dak apa yang di buat..juz let my body have some of a good rest...tengahari 2 aku keluar dengan mak p beli barang2 untuk kenduri macam..kacang..gula2...n macam2 lagi la..penuh gak la 1 troli kami borong hari tu..petangnya balik umah n start working..!!!..kemas umah..bilik..basuh tirai n macam2 lagi..huwaaaaaaaaaaa....penat dowh...

inilah rutin aku n mak selagi x selesai kenduri..hope everything gonna being smoothly..insya ALLAH....

:-)

...Value Time with them....

KAT UMAH JIMMY
JALAN-JALAN KAT JJ BANDAR PERDA

NAK BALIK DAH..
McD TIME...
AT RnR GURUN..


--------->actually banyak aku nak share pasal diorang ne..tapi nt la yer..njoy da pic..ac usual..pic brings trillion meaning....:-)

NAK BELAJAR BALIK..

Salam..

Kenapa aku nak belajar balik...???

????

Untuk pengetahuan semua..aku kini sudah berada di tahun akhir pengajianku di UiTM Arau,,berada di semester 6 yang menuntut aku dan rakan-rakan ku untuk menjalani latihan praktikal,..satu tempoh masa yang telah diberikan mengharapkan kami mengutip sebanyak mungkin pengalaman untuk dijadikan bekalan kami dalam menempuh dunia realiti alam pekerjaan nanti...

relitinya..kalau x silap aku la kan starting dr 1st day km pelajar sem 6 BBA Finance mendaftarkan diri di tempat2 praktikal kami wall2 FB kami semua dipenuhi dengan rungutan2 yang menyatakan kebosanan menjalankan latihan praktikal..antara yang selalu dirungutkan..

"bosan,,x dak kerja.."

dan bagi sesetengah pelajar yang menjalani latihan praktikal without allowance selalu merungut..

"keja banyak2 pon watpa...satu sen pon x dapat..nak kita keja cam org yg bergaji...bosan.."

dan ada juga yang merungut bahawa mereka dibuli di pejabat contohnya diarahkan menjadi somthing like 'orang suruhan'..pagi2 punch card untuk diorang..hantar diorg kesana-kesini..betul x dak adab la..hahahah..(actully aku lah mangsa keadaan tersebut)

let me share something..aku menjalani latihan praktikal di Wisma Darul Aman..seksyen kewangan..bayangkanlah tempat ne agak jauh la dr umah aku(x tau nak predict bp km actually) tapi almost dalam 45min jugakla..every day aku keluar umah dalam 6:45 pagi..dulu tyme cuti sekolah dalam 7:15-7:20 a.m da sampai tp sekarang since da buka sekolah jalan pon jammed la sket aku selalu smp opis dalam 7:30-7:45 am...tp ok la kan x pernah lagi la merah aku pnya punch card..hihikhik...kat sini keja diorng ialah mengeluarkan baucar2 bayaran perbelanjaan kerajaan negeri Kedah n pembayaran gaji and adala sket2 lg keja..kat sini kdg2 ja bz..smp kdg2 pekerja kat sini pon merungut boring..aku ne apatah lagi kan..hehehe..

pasal environment plak..kira ok la..diorang kat sini aku rasa the best ever la...cuma ada la beberapa orang aku x bp berkenan..tp sapa la aku kan...hmm..x mo komen lbeh2..tp in simply word kira diorang ne happening gak la...bleh blah la..hahaha..aku kat sini x dapat elaun..tapi ada gak la dapat baju..n another few thing..

stop pasal praktikal..sem ne..selain praktikal kitorang di arahkan untuk membuat satu thesis..huwaaaa...ini la sebab yang paling paling paling paaaaaalllling besar menyebabkan aku nak belajar balik..this thesis always make not only me but us feel very tense...huhuhuhuhu..hatta di bulan terakhir prkatikal ne pon..aku pnya progress x sampai 50%..demmmit...dengan advisor yang quite menyakitkan hati....aaaarrrrrgh..bleh gila bila difikirkan balik..tp..apapon alasan aku..this thesis must complete before 14/4/2010...this is my responsible...

inilah sebabnya y aku nak belajar balik...

tyme belajar dulu pon aku x dakla setensyen ne..huhuhu..apapon pray 4 me..doakan aku mampu completekan kan dis semester dengan jayanya...

ameeeeeeeeennn....:-)

KEY.SUCCESS

Salam..





Wednesday, March 3, 2010

WEEKEND YANG BUSY.SIBUK.PENING.


salam..

lately...every weekend aku dipenuhi dengan pelbagai aktiviti..2 minggu lepas aku bz menjadi driver paling setia untuk mak aku p memanggil kenduri..jumaat tour p sebelah pendang, bukit raya, and adalah beberapa tempat yang aku x tau namanya,,sabtu plak heading arah utara plak,,alor star, lorong seri, kuala kedah n also beberapa tempat yang aku ikut ja arah ayang mak aku suruh p,,but aku x tau pon tempat tu nama pa..(hehehehe,,teruk gila aku pny pengetahuan geografi)..

b4 terlupa..minggu sebelum 2..waktu cuti CNY..aku, mak n abang cik was headed to negeri sembilan..p umah teh...sebelum terlupa..nk cita sket..actually kitorg keluar dr umah dalam pukul 9++ la..singgah SP amek teh punya pesanan which is ikan pekasam n belacan...kitorg bertolak sekali dengan a.din n family coz depa nk balik Ipoh setelah balik bercuti ke kg..n k.nana completing kelas menjahitnya...then mengikut plan asal aku n mak nak stay kat umah a.din kat ipoh sementara tunggu a.cik yang akan sampai dari KL bawa bas..tapi disebabkan dia takut ada road block kat juru..dia suruh kami tunggu kat juru,,imagine la..kitorang tunggu dia kat dalam kereta selama 5 jam..memang aku punya patient meter da sampai tahap max la...heheheh..ok..back to tujuan kitorang p negeri9, actually niatnya nak memanggil kenduri but at last dok melepak kat umah teh ja seharian..malamnya p seremban..p JJ..heheh shopping sket..esoknya p nilai plak..shopping kat pasaraya TQ...butik perkahwinan..macam2 la kami beli...beg kertas..kotak telur and sebagainya yang x dapat nak dinyatakan di sini..after that kitorang tros balik n ready to work again..sooooooooooooo stress if thinking about work with no salary...(x best gila)...huwaaaaaaaaaa...:'(

and for weekend yang baru ja berlalu ne...
actually jumaat tu adalah hari Maulidul Rasul...hari kelahiran junjungan besar kita NABI MUHAMMAD S.A.W...so..untuk negeri kedah cuti pada hari 2 digantikan pada hari ahad..so weekend yang agak panjang la..
Jumaat tu..aku bz dok mengemas umah kain baju yang belunggok bak gunung everest setelah 2 minggu berturut-turut sibuk kesana-kesini...n also my sister balik n bring ayam peru..(pernah dgr x?)...mst x kan..aku pernah la dengar cuma x leh nak bayang kan ayam 2 cmna..seekor ayam peru jantan boleh menjangkau berat sampai 10 kg..memang dahsyat gila..hehehe..mak aku masak rendang..tapi aku x makan pon..sedih kan..sbnrnya aku x gemar sangat tengok ayam yang besar2 gedabak ne..huhuhu..
sabtunya plak abg cik akad nikah...pagi tu puas gak la aku dengar mak dok bertempik..marah kat dia yang cm malas gila 2..nak mandi pon adalah mak suruh dekat 10 kali gak la..last2 kena jerkah la apa g..hahaha..dalam kul 12.30 kitorang bertolak..kitorang konvoi 9 biji kereta..n a.cik selamat dinikahkan after zohor hari 2...then balik n tidur..malamnya plak ada sedara sebelah mak datang..actually mai tu nak singgah ja tp sebab kepenatan diorang tidur tros kat situ..hehehe..kira cam unexpected guest la..tp x pa ...tetamu kan pembawa rezeki...malam 2 diorang p pasar malam kat guar tapi aku x p pon sebab da x larat gila,,aku tido ja..hahah..bayangkan betapa penatnya aku sampaikan bila mak aku gerak suruh makan aku bleh marah..heheh..trok gila dowh aku ne..


esok paginya..ahad..aku punya calltime awal gak la..dalam pukul 9 pagi aku da siap2 nak p ke jeti kuala kedah jemput sha n anis..today we all are heading to penang,,attending kenduri kawen jimmy..tapi cam besa la janji melayu..our team from perlis lambat..(ne x lain x bukan fendi la punya pasal ne)..huahuahua.bak kata future wifenya(insya Allah)..laki dia bekerjaya..apa2lah..bila da lambat 2 mcm2 la alasan..heheh...then janji pukul 9 last2 kul 11 br bertolak...then kitorang sampai dalam pukul 12.30...awal gila kan..lepak kat umah kenduri sampai kul 3 gak la..lmbat gila pengantin sampai...heheh..for najmee n isteri..selamat pengantin baru..semoga kekal hingga ke syurga..insya Allah...pasne sapa la plak kan...heeeeeeeeeee...pastu team kitorang gerak dr umah jimmy dalam pukul 3.30...hehehe...kononya nak tunjuk pandai at last sesat kat penang tu..kitorang men redah ja..tp akhirnya sampai gak la kami ke JJ kat bandar perda...tour satu shopping complex 2 tp 1 apa pon x beli..hehehe..and last2 lepak kat mcD...then kitorang balik..singgah sat kat gurun...pastu tros blik umah aku with sha n anis..

sebenarnya ada 1 rahsia..kitorang memang da rancang nak ponteng keja esoknya..hahahah...malas gila...atas alasan MC yang diberi kepada bos aku, sha n anis p berfoya2 kat city plaza...hahaha...memang otai la...huahuahua...jalan punya jalan2..naik 1 tingkat ke 1 tingkat x dak 1 pon yang dibeli..2run plak jalan2 kat bawah..x dak gak benda yang dibeli..lastly panas2 kitorang p makan kat food court..terjumpa plak dengan k.haiza then ada la story terbaru yang kitorang dengar dr k.haiza pasal tutttttttttt..x yah la aku mention nama dia..sbb x nak mengundang kontroversi..hehehe...insaflah wahai si.......then kitorng gerak dr foodcourt jalan n jumpa 1 kedai kat atas tu..n akhirnya sha n anis beli baju..pastu kitorang p popular..anis beli novel cinta kau dan aku..(memang best gila novel2)..pastu kitorang pon blik,,aku hantaq anis n sha kat jeti..n dengarnya depa nek feri ke langkawi dalam pukul 3...pastu aku tros gerak p tukar tayar aku yang pancit hr tu..(ada story di sebalik tayar pancit ne)...bernasib baik sbb wk2 2 a.cik yang bawa kereta aku sbb kereta dia x bleh start...aku p amek dia n km p kat kedai michellin kat jalan putra 2..berhampiran pasar borong..huhuh..melayang rm165 duit aku..hukhuk..pastu aku tros blik...n b4 tu mak aku ada tipon ajak aku p sp melawat wa piah yang katanya dah nazak..n memang pon..berdoala yer semoga dia cepat sembuh...n bertolak balik malam 2 n sampai umah almost 10pm..sooooo tired...balik umah iron baju n tros tidur..zzzzzzzz...ready mulakan hari baru esoknya..a very bored working..huhuhu..

::b4 lupa hr isnin 2 aku p basuh keta aku yang almost sebulan x mandi..hehehe..yeay..keta aku da lawa dah..::

lastly..aku rasa banyak lg nak story..tp nt la yer..banyak keja nak buat ne...bye..adios ameeegos..