Thursday, July 25, 2013

Adab bercinta dalam Islam

ADAB BERCINTA DALAM ISLAM

Dipetik daripada buku “PSIKOLOGI CINTA” terbitan PTS Millennia Sdn Bhd:
Dalam surah ar-Rum ayat 21 Allah menyatakan,

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”

ISLAM menggariskan akhlak yang terbaik untuk merealisasikan percintaan sesama lelaki dan perempuan yang mukalaf. Terdapat tiga peringkat percintaan yang mana orang Islam hendaklah mencuba sedaya upaya mereka untuk memelihara kesucian cinta itu daripada dicemari unsur-unsur maksiat dan perkara-perkara yang dapat membawa kepada kemurkaan Allah. Tiga peringkat tersebut adalah cinta sebelum perkahwinan, cinta selepas bertunang dan cinta selepas perkahwinan.

 Cinta Sebelum Kahwin
Cinta sebelum perkahwinan adalah cinta yang hadir daripada pergaulan harian dengan individu yang mempunyai kesamaan daripada segi cita rasa, peribadi, minat dan cara hidup. Ada kalanya cinta ini adalah cinta pandang pertama yang hadir secara mendadak, dan ia juga mungkin cinta yang dibina secara berperingkat melalui pertemuan dan pergaulan harian. Cinta sebelum perkahwinan biasanya tidak digalakkan dalam Islam, kerana dikhuatiri akan menjerumuskan pencinta itu ke kancah maksiat dan kelalaian dalam percintaan. Walau bagaimanapun, jika percintaan itu mempunyai matlamat suci, iaitu untuk membawa pencinta itu ke jinjing pelamin dan ikatan yang sah, maka sebagai pencinta yang beriman dan takutkan Allah, mereka haruslah menjaga dan memelihara perkara-perkara berikut:
  1. Menjaga batas-batas pergaulan dengan tidak menyentuh sesama sendiri, tidak membuang masa berjam-jam dengan bertelefon atau berbual-bual, dan tidak menjadikan pergaulan mereka seperti suami isteri yang sudah sah dinikahkan. Mereka harus sedar dan berasa malu kerana mereka masih belum mempunyai sebarang hak ke atas satu sama lain.
  2. Menghormati maruah dan harga diri masing-masing, dalam erti kata lain tidak membenarkan diri berdua-duaan dengan kekasih, kerana orang yang ketiga adalah syaitan. Di samping itu tidak berhias-hias atau menampakkan perhiasan di hadapan kekasih kerana dikhuatiri boleh menaikkan nafsu syahwat kekasih. Sebaik-baiknya sebarang pertemuan hendaklah melibatkan mahram atau ibu bapa yang mengawasi tingkah laku mereka.
  3. Mendapat restu dan kebenaran dari ibu bapa adalah faktor kejayaan dalam percintaan sebelum perkahwinan. Restu daripada ibu bapa memudahkan proses pertunangan dan pernikahan yang akan berlangsung sebagai kelangsungan daripada cinta itu. Ibu bapa harus memainkan peranan dengan memastikan anak-anak tidak melupakan tanggungjawab peribadi dan batasan akhlak dan ajaran agama semasa bercinta.
  4. Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang dimiliki akan diredai dan diberkati Allah. Bermohon kepada Allah supaya cinta itu dapat membawa kepada kesempurnaan peribadi dan kesempurnaan agama dengan mendirikan rumah tangga dan memelihara kelangsungan cinta itu.
  5. Sentiasa melakukan solat Istikharah bagi meneguhkan hati supaya orang yang dicintai itu adalah yang terbaik untuk menjadi pasangan hidup sehingga ke akhir hayat. Janganlah mencintai seseorang kerana harta, rupa atau keturunannya, tetapi cintailah dia kerana agama dan kemuliaan akhlaknya. Solat istikharah membantu supaya individu yang bercinta itu tidak menyesal dengan pilihannya dan dia wajiblah menjuruskan percintaannya itu untuk mendirikan rumah tangga yang terpelihara. Sekiranya dia bercinta tanpa niat untuk berumah tangga tetapi sekadar ingin bermain-main dan bersuka ria, maka percintaan itu adalah penipuan dan setiap perbuatan ke arah itu mencetuskan dosa dan kemurkaan Allah.
Setiap perbuatan cinta seperti menyentuh kekasih, bersalaman, berdating, berpelukan dan bercanda adalah dilarang sebelum perkahwinan. Sebagai hamba Allah yang takut kepada kemaksiatan dan kehinaan hidup di dunia, pasangan kekasih hendaklah berasa malu untuk mempamerkan ‘cinta terlarang’ mereka kerana belum lagi diiktiraf oleh perkahwinan yang dituntut oleh syarak. Tetapi sebaliknya, apabila diikat dengan ikatan perkahwinan yang sah, perbuatan-perbuatan itu mendatangkan pahala dengan syarat suami isteri itu berusaha untuk menjaga batasan akhlak dan kesopanan tingkah laku apabila berada di khalayak ramai.
Cinta Selepas Bertunang
Kebanyakan orang yang bercinta menyimpan hasrat untuk mempertahankan cintanya hingga ke jinjang pelamin. Ber-tunang adalah cara yang dilakukan bagi menyempurnakan janji untuk berkahwin. Ia adalah tanda pengabadian cinta yang suci dan tulus. Cinta dalam pertunangan besar ujiannya kerana godaan dan cabaran yang datang dari pelbagai pihak mampu merubah hati dan pendirian pasangan. Orang yang bertunang dikatakan ‘berdarah manis’ kerana mudah terjebak kepada gangguan perasaan dan terdedah kepada pelbagai cabaran. Oleh sebab itu pertunangan tidak digalakkan untuk tempoh yang lama mengikut adat masyarakat Melayu. Malah ia tidak perlu dihebohkan kepada semua orang kerana dikhuatiri pasangan itu berubah hati dan tidak jadi melangsungkan perkahwinan. 
Bertunang tidak sama dengan berkahwin. Bertunang adalah ikatan tetapi ia belum diteguhkan oleh akad yang menghalal-kan segala perhubungan antara lelaki dan perempuan. Bertunang adalah tempoh suai kenal bukan tempoh memadu asrama. Maka orang yang sedang bertunang tidak boleh melanggar batas-batas agama kerana mereka masih belum ‘halal’ untuk sentuh-bersentuhan, cium-berciuman dan sebagainya. Pihak lelaki perlu menyedari mereka belum lagi menjadi suami, begitu juga pihak perempuan belum bergelar isteri. Maka berhati-hatilah dalam pergaulan kerana syaitan sentiasa menjadi orang ketiga yang tidak jemu menggoda dan cuba merosakkan cinta yang terbina.
Cinta Selepas Kahwin 
Allah mengiktiraf cinta selepas perkahwinan sebagai yang terbaik dan sumber segala kesenangan dan kasih sayang sebagaimana yang dinyatakan di dalam Quran ayat 21 surah ar-Rum,
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”.
Cinta selepas perkahwinan adalah cinta yang diredai dan dituntut oleh ajaran Islam. Cinta seharusnya berputik mekar selepas pasangan suami isteri itu mendapat mandat yang agung untuk bercinta melalui ikatan yang sah dan diiktiraf oleh agama dan juga anggota masyarakat. Bagi menyuburkan cinta selepas perkahwinan, maka pasangan suami isteri haruslah menghormati hak-hak dan tanggungjawab kepada yang dicintai dengan penuh kecintaan dan kasih sayang. Antara cara-cara untuk menyuburkan rasa cinta sebegitu adalah:
  1. Membuktikan cinta melalui ketaatan, kasih sayang, pengorbanan dan kesungguhan memuliakan pasangan dan rumah tangga yang dibina. Pasangan suami isteri hendaklah sentiasa saling hormat-menghormati, menghargai perasaan dan tutur kata, sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga dan berusaha memelihara amanah dan janji yang dibuat.
  2. Melahirkan zuriat sebagai bukti cinta yang terjalin. Sekiranya ditakdirkan tidak mempunyai zuriat, suami hendaklah bersabar dan tidak terburu-buru untuk berkahwin lain. Seharusnya usaha dilipatkan gandakan untuk mendapatkan zuriat baik secara tradisional mahupun secara perubatan. Sekiranya tidak berhasil, bolehlah mengambil anak angkat sebagai langkah alternatif.
  3. Mengasihi dan menghormati ahli keluarga pasangan suami isteri. Bagi mewujudkan keluarga yang harmonis, perhubungan kedua-dua belah pihak hendaklah dijaga dan dipelihara sebaik mungkin. Sesekali, hadiah dapat dijadikan penghubung kasih-sayang dan tidak lupa untuk bertanya khabar sekiranya tidak berkesempatan untuk menziarahi keluarga yang jauh.
*********************** 
Seharusnya Cinta…
Insan yang beriman sering kali meletakkan sandaran yang kuat dan kukuh kepada Allah. Maka, dalam soal percintaan, sering kali mereka bersikap tenang dan menyerah diri kepada ketentuan Allah. Ini adalah kerana mereka yakin cinta datang dari Allah dan hanya Dia sahaja yang dapat menganugerahkan atau menghapuskan cinta itu. Allah adalah Pencipta kepada cinta, dan setiap penciptaan-Nya ada matlamat dan sebab kewujudannya, yang sering kali tidak cuba difahami oleh manusia.
Hanya segelintir sahaja yang memahami hakikat didatangkan perasaan cinta itu, iaitu kembali kepada asal matlamat kejadian manusia; untuk menyembah dan melakukan ketaatan kepada Allah. Tidak kira apa bangsa ataupun agama sekalipun, hakikat cinta adalah kembali kepada mengagungkan dan membesarkan Tuhan yang menciptakan segala cinta. Agama Islam, Kristian, Buddha, Hindu serta lain-lain agama tetap mengupas persoalan cinta sebagai sumber kedamaian hati dan keamanan dunia.
Realiti cinta menuntut pengorbanan daripada setiap individu yang berani untuk melibatkan dirinya dalam percintaan. Cinta penuh dengan air mata, aliran perasaan yang amat deras dan getaran yang mengilukan hati. Cinta juga penuh dengan keindahan, keselesaan, kehalusan perasaan dan kenikmatan jasmani mahupun rohani. Ini adalah kerana, cinta tidak hanya melibatkan perasaan semula jadi antara lelaki dan perempuan sahaja tetapi juga melibatkan perhubungan antara manusia dan Tuhan, manusia dan alam, serta manusia dan perbuatan.
Oleh yang demikian, insan yang beriman dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan dalam pergaulan, kekecewaan dalam percintaan, dan kehancuran dalam kehidupan. Mereka memahami hakikat cinta dan jenis-jenis cinta yang wujud dalam dunia ini, lantas menjadikan fikiran mereka lebih terbuka dan bijaksana dalam menangani soal percintaan. Penderitaan, penyesalan, dan kebencian tidak dijadikan sebagai sumber yang boleh memudaratkan diri dan hati, tetapi sebaliknya sebagai sumber yang memberi kesedaran dan keinsafan akan hakikat kehidupan yang sebenarnya.


***************************


p/s: re-check my draft box..suddenly feel like I should share this article..enjoy it! lets learn something from this...


bersama mentarbiyah diri..:)

ramadhan kareem.. 

15 Ramadhan 1434H

Salam Ramadhan yang mulia..


Tanpa kita sedar...

pertengahan Ramdahan sudahpun menjengah..

Terlalu cepat bagi muslim yang menantikannya untuk merebut ganjaran yang berlipat kali ganda..

"Allahummabariklana fi Ramadhan"

tapi terlalu lambat pada yang melewati Ramadhan sekadar ritual biasa...MashaALLAH...

Tak perlu rasanya saya menulis kelebihan dan ganjaran yang ada di bulan Ramadhan yang mulia ini..sudah terlalu banyak penulisan mengenainya di internet...

tetapi ingin saya kongsikan..pengertian Ramadhan untuk diri saya sendiri..

Satu masa dahulu..saya pernah tersasar jauh dari jalan yang diredhai-nya...saya menjadi hamba ALLAH yang lalai akan perintah-Nya...saya terlalu leka dengan kehidupan duniawi yang terlalu banyak dugaannya...

Sesungguhnya...Iman saya senipis kulit bawang malahan lebih nipis...sangat mudah terpengaruh dengan daki-daki dunia...

Sungguh saya amat menyesali bila mengenangkan saat itu...

1.1.2011 merupakan satu titik permulaan perubahan dalam diri saya..ALHAMDULILLAH...ALLAH menitipkan hidayahnya kepada saya sewaktu saya menghadiri majlis akad nikah sepupu saya...

Terima kasih ALLAH kerana menyayangi saya dan memberi teguran dengan cara yang paling halus sekali...

semenjak itu Ramadhan memberi kesan yang amat besar dalam diri saya...Ramadhan lah yang menjadi kayu pengukur kekuatan diri saya berjihad melawan hawa nafsu..walaupun pernah gagal tapi saya cuba dan terus mencuba...

bagaimana??

Saya banyak membaca akan kelebihan beribadat dalam bulan Ramadhan...

Saya banyak mencari maklumat kelebihan dan keburukan dalam melakukan sesuatu perkara...

Berdamping dengan mereka yang memberi aura positif...

Berdamping dengan Al-quran...

dan banyak lagi...

itu usaha saya walaupun saya rasa ia belum mencukupi...tapi itu usaha saya mentarbiyah diri menjadi lebih baik..

Saya pohon doakan saya istiqaamah dalam melaksanankan ibadah..tidak sahaja di bulan Ramadhan tetapi juga di bulan-bulan yang seterusnya...

Ameen...:)

***
Di bulan Ramadhan yang mulia ini..

Saya sentiasa mendoakan..

Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik kepada ibunda saya..panjangkan umurnya,,dan semoga beliau sentiasa berada di bawah rahmat dan keampunan-Nya..

Semoga ALLAH menitipkan hidayah dan kasih sayangnya kepada ahli keluarga saya...

Semoga ALLAH menitipkan rezeki-Nya kepada saya..

dan 

Semoga ALLAH mempertemukan jodoh saya dengan seorang lelaki yang bisa mengimamkan solat saya...dan sentiasa menjadi penunjuk arah andai saya hampir tersasar dari jalan yang direhai-Nya...

Ameeeeeen..

***

Insha ALLAH sama-sama merebut keberkatan Ramadhan...

:)

p/s: saat ini lagu ini bermain-main di kepala saya...saya amat merindui wali utama saya yang telah kembali ke Rahmatullah..Al-fatehah untukmu Ayah..semoga tenang di sana...Ya ALLAH tempatkan ayah bersama-sama orang yang beriman..:'(


Tuesday, December 4, 2012

Doa untuk AYAH..

                                      

KMP 2006 - sehari sebelum keputusan peperiksaan semester pertama diumumkan...

Seminggu selepas aku lulus lesen kereta yang menjadi harapannya...

Aku mendapat perkhabaran bahawa ayahanda ku tercinta telah pergi meninggalkan dunia ini...

Air mata jatuh tak mampu ditahan lagi..

Satu-satunya tempat aku dan keluarga bergantung harap telah tiada...

Ya...aku redha..Nyawa manusia milik ALLAH..hanya DIA yang berhak untuk mengambilnya...

Ayah pergi tanpa sempat melihat seorang pun dari anak-anaknya mendirikan rumah tangga..

Ayah pergi tanpa sempat melihat seorang pun cucu-cucunya lahir kedunia..

Ayah pergi tanpa sempat melihat aku puteri bongsunya menjejakkan kaki ke universiti..

Tapi..ayah pergi meninggalkan jasanya yang besar kepada ramai orang..terlalu besar...

Sifat sabar dan penyayang ayah harus dicontohi,,,ayah tak pernah berkira kalau hal yang melibatkan masa, tenaga dan wang...

walau seteruk mana pun keadaanya dia pasti akan bantu mereka yang memerlukan bantuan...

*teringat satu kisah*

Satu hari di bulan puasa....ada sebuah motosikal yang datang untuk menjual ikan keli di rumah..pada waktu tersebut ayah telah menolak untuk membeli atas alasan kalau beli pon kami tak akan makan dah...sejurus selepas motorsikal tersebut beredar...tiba-tiba ayah berkata..

"kesian dia (Penjual ikan tadi)..ntah-ntah jual ikan nak beli barang nak raya...menyesalnya tak beli.."

Sungguh kata-kata itu masih terpahat kemas dalam kepala ku...dan sering bermain-main bila mana ada penjual motosikal yang datang ke rumah untuk menjual barang..

Mungkin penyesalan itu dah terlambat tetapi ada hikmahnya..selepas itu, setiap kali ada peniaga motosikal yang datang ayah pasti beli walaupun sedikit...dan kalau benda yang dibeli itu dia tak makan ayah akan sedekahkan kepada sesiapa...

:)

Alhamdulillah...di saat pemergiannya...ayah pergi dengan senyuman di wajah...sungguh, sangat tenang aku melihat wajah itu...sambil memikirkan bilakah saat aku akan tiba..adakah aku akan pergi dengan tenang dan dalam senyuman...

Masha ALLAH...


Mari kita amalkan doa ini setiap hari semoga kita kelak dimatikan dalam keadaan baik dan beriman. Biiznillah..
"Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mendengar seorang Rasul yang menyeru kepada iman, katanya: 'Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matilah kami bersama orang-orang yang berbakti."
                                                                                                                    Surah Ali 'Imran 3:193

Sungguh terlalu banyak dosaku pada-Mu ya ALLAH...

***********************************************************************

[4/12/2006 - 4/12/2012]

Genap 6 tahun pemergian arwah ayahanda tercinta..

Al-Marhum Mohd Rosli Bin Ahmad...

Semoga roh ayah dicucuri rahmat dan tenang di alam sana...

Semoga ditempatkan di kalangan orang yang soleh dan bertaqwa di sisi-Nya..

Hadis Rasulullah s.a.w :

"Apabila matinya seorang anak Adam, terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariahnya, ilmu yang dimanfaatkannya dan doa anak yang soleh kepadanya" 

[Hadis sahih riwayat Abu Daud]

.....berdoalah wahai anak-anak yang soleh/solehah..

p/s: Dari Dia Kita datang dan KepadaNyalah Kita akan Kembali....Setiap Yang Hidup pasti akan menemui kematiannya...Hanya Allah Yang Maha Mengetahui...

:)



Janjiku padamu ayah..
Akanku ku cuba tunaikan harapanmu ayah...
Akan ku cuba imarahkan keluarga kita dengan iman dan islam..
doakan anakmu ini..


*********************



Sunday, December 2, 2012

Ibuku-Syurgaku


A man stopped at a flower shop to order some flowers to be wired to his mother who lived two hundred miles away. As he got out of his car he noticed a young girl sitting on the curb sobbing. He asked her what was wrong and she replied, “I wanted to buy a red rose for my mother. But I only have seventy-five cents, and a rose costs two dollars.” The man smiled and said, “Come on in with me. I’ll buy
 you a rose.” He bought the little girl her rose and ordered his own mother’s flowers. As they were leaving he offered the girl a ride home. She said, “Yes, please! You can take me to my mother.”

She directed him to a cemetery, where she placed the rose on a freshly dug grave. The man returned to the flower shop, cancelled the wire order, picked up a bouquet and drove the two hundred miles to his mother’s house.

The most precious gift u can give anyone is your time.
Those who still have parents-cherish them. Especially our Mothers. When they leave this world -then the door to their valuable blessings closes. Our parents hold such a high status that اَللَّÙ‡ سُبْØ­َانَÙ‡ُ ÙˆَتَعَالَÙ‰ has mentioned in the Quraan that when they reach old age we shouldn't even say "oof" to them.

[ Pure Matrimony ]


*******

Last week, my mom called me...and tell me that she is boring and feel lonely...


So, then I ask her..."do you want me to back there"


She replied..."yes"


Owh...at that time..I do not think much..I just said..."OK la....I try my best to get the ticket..."


*line off*


I'm crying...I don't know why...:'(


Actually,, I am in a deep dilemma because of sooooo many assignment and commitment...huwaaaaa..


but...I have to back...


*******


Tomorrow, 


In a bus...


I think it deeply...


I said to myself...


"mungkin dengan pengorbanan masa yang aku berikan ini...doa mak akan sentiasa memudahkan urusan aku di sini dan juga sentiasa mengiringi kejayaan aku.."


walaupun masa aku sebagai pelajar sangat berharga walaupun sesaat..tapi masa yang aku korbankan just to make my mom happy adalah lebih berharga...dan In Shaa ALLAH...pahala yang aku harapkan....


I love my MOM very much..


terlalu banyak pengorbanan dia untuk aku...I cant imagine how can I live without her...


*crying*


Ya ALLAH, Kau perliharalah emak-ku walau di mana dia berada..ampunkanlah segala dosanya...Kau limpahkanlah kasih sayang-Mu yang berlipat kali ganda kepadanya...kurniakanlah kesihatan tubuh badan yang baik kepadanya...aku sangat menyayanginya..ameen.







Friday, November 30, 2012

Last day in November

30.11.2012

Today is the last day in November 2012..

December is coming soooo soon...

This month will become a very struggle for me and my friend...

Viva timetable is already out...

we have only almost 3 week to complete our PS a.k.a our thesis...

wish us luck..:)


P/s : Doakan kejayaan saya dan rakan-rakan di saat-saat genting ini..semoga ALLAH mempermudahkan segalanya..

InnAllaha ma'ana

#prayforgaza
:)

Wednesday, October 3, 2012

Cinta Satukan Kita (JUDIKA)


Dia sepi di sini, tak seperti yang lain
Walau sudah takdirnya namun dia tetap tersenyum
Bahagialah bila kau masih punya mimpi
Hidup hanya sekali, berikanlah yang terbaik
Merindukan purnama, bertahan walau di dalam duka
BersyukurNya-lah kita, masih banyak yang sayangi kita
Merindukan purnama, meraih cinta


Cinta cinta kita ooo

AKU YANG TERSAKITI


Pernahkah kau merasa jarak antara kita

Kini semakin terasa setelah kau kenal dia
Aku tiada percaya teganya kau putuskan
Indahnya cinta kita yang tak ingin ku akhiri
Kau pergi tinggalkanku
Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia

Memang takkan mudah bagiku tuk lupakan segalanya

Aku pergi untuk dia

Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti

Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia
(walau tak bersama dia)

Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku

Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia


  ]

Tuesday, September 25, 2012

New semester just begin

#Alhamdulillah..

This semester is going to be my final semester..

As usual...as a master student..

no more leisure time for us..

keep praying for me and my friend..

Assignment is already like an Everest mountain even we just attend only ONE class for this semester..

fuhhhh..

wish me luck...